Idea,Ilmu-perkongsian

Sains Politik Islam

Jangan ketawa~release tension July 15, 2009

Filed under: Uncategorized — effafadzillah @ 2:57 pm

JANGAN KETAWA 1:

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak…

Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri….

Perompak : “Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!”

Isteri : “Na… nama sa… saya… Aisyah”

Perompak : “Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,” lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : “Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.”

Suami : “Namaku Irwan.. tapi…. semua orang memanggilku Aisyah….”

******************************************

JANGAN KETAWA 2:

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00..

mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!”

******************************************

JANGAN KETAWA 3:

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya.

Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.

Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. “Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai…”

Tiba-tiba ibunya mencelah, “Telurnya mana?”

Jamal menjawab, “Err…. Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!”

******************************************

JANGAN KETAWA 4:

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan…

Samdol : “Bang harga durian ini berapa?”

Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?

Orang Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : “Lahupa.. boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : “Lahupa itu berapa?”

Samdol : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”

******************************************

JANGAN KETAWA 5:

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, “apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun”, orang gila itu menjawab ‘payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh’ . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab ” saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum” lalu org gila itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab” saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap…” lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital”

 

The Mysterious thing called “LOVE”…. March 7, 2009

Filed under: Uncategorized — effafadzillah @ 2:26 am

The Mysterious thing called “LOVE”….

If you find yourself in love with someone who does not
love you, be gentle with yourself. There is nothing wrong
with you. Love just didn’t choose to rest in the other
person’s heart.

If you find someone else in love with you and you don’t
love him/her, feel honored that love came and called at your
door, but gently refuse the gift you cannot return. Do not
take advantage, do not cause pain.

How you deal with love is how you deal with you, and all
our hearts feel the same pains and joys, even if our lives
and ways are different.

If you fall in love with another, and he/she falls in
love with you, and then love chooses to leave, do not try to
reclaim it or to assess blame, let it go. There is a reason
and there is a meaning. You will know in time.

Remember that you don’t choose love. Love chooses you.
All you can really do is accept it for all its mystery when it
comes into your life. Feel the way it fills you to
overflowing, then reach out and give it away.

Give it back to the person who brought it alive in you.
Give it to others who deem it poor in spirit. Give it to
the world around you in anyway you can. There is where many
lovers go wrong. Having been so long without love, they
understand love only as a need. They see their hearts as
empty places that will be filled by love, and they begin to
look at love as something that flows to them rather than
from them.

The first blush of new love is filled to overflowing,
but as their love cools, they revert to seeing their love
as need. They cease to be someone who generates love and
instead become someone who seeks love.

They forget that the secret of love is that it is a
gift, and that it can be made to grow only by giving it
away.

Remember this, and keep it to your heart. Love has its own
time, its own seasons, and its own reason for coming and
going. You cannot bribe it or coerce it, or reason it into
staying. You can only embrace it when it arrives and give
it away when it comes to you. But if it chooses to leave
from your heart or from the heart of your lover, there is
nothing you can do and there is nothing you should do.

Love always has been and always will be a mystery.
Be glad that it came to live for a moment in your life.

“If you want to be happy, be yours.”—- Leo Tolstoy

 

cinta dan perkahwinan February 28, 2009

Filed under: Uncategorized — effafadzillah @ 7:26 am

Suatu pagi yang dingin, terjadilah
satu perbualan antara seorang guru
falsafah dan pelajarnya…

pelajar: guru, apakah erti cinta..?
bagaimanakah saya boleh
mendapatkannya…?

guru: ada sebuah ladang gandum yang
luas didepan sana. berjalanlah kamu
dan jangan sesekali kamu berundur.
kemudian ambillah satu ranting.
sekiranya kamu mendapati ranting
tersebut sangat menakjubkan, ertinya
kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan
tidak berapa lama dia kembali dengan
tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak
membawa sebatang ranting pun…?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa
memilih satu ranting saja, dan sewaktu
berjalan saya tidak boleh mengundur
kebelakang semula. sebenarnya saya
telah berjumpa dengan satu ranting
yang paling menakjubkan tapi saya tak
tahu apakah yang akan menakjubkan di
hadapan sana nanti, maka saya biarkan
ranting itu lalu saya dapati tidak ada
lagi ranting yang paling menakjubkan
selain daripada yang saya lihat tadi.
jadi saya tidak mengambil sebatang pun
akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

dihari lainnya pula pelajar tersebut
bertanya kepada gurunya, apa itu
perkahwinan…?

guru: ada hutan yang subur didepan
sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah
kamu sesekali mengundur kebelakang.
tebanglah sepohon pokok saja. dan
tebanglah jika kamu merasakan bahawa
pohon tersebut adalah yang paling
cantik,segar dan tinggi, kerana kamu
telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan
tidak berapa lama, dia datang semula
dengan membawa sepohon kayu, walaupun
pohon tersebut tidaklah berapa segar,
cantik dan tinggi pada pandangan guru
tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa
kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar itu menjawab: sebab,
berdasarkan pengalaman ku sebelum ini,
aku hanya berjalan separuh daripada
hutan tersebut dan aku takut akan
kembali dengan tangan kosong. jadi
saya mengambil kesempatan menebang
pohon ini lalu dibawa kesini. pada
pandangan saya ianya adalah pohon yang
terbaik buat saya. saya tidak mahu
kehilangannya atau menyesal kerana
tidak memilihnya…

maka guru itu menjawab: itulah
perkahwinan…….
tamat….

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya,dan janganlah terlalu memilih jodoh,terimalah pasangan anda denganseadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

 

Bulan kelahiran February 19, 2009

Filed under: Uncategorized — effafadzillah @ 4:07 pm

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

 

Hati kita tiada yang tahu~~ February 19, 2009

Filed under: Uncategorized — effafadzillah @ 3:49 pm

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya .

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

MAAFKAN SAYA SEKIRANYA SAYA PERNAH MENINGGALKAN KESAN BERLUBANG DI DINDING HATI ANDA. SEMAKIN UMUR SAYA BERTAMBAH, SIFAT KESABARAN PUN MAKIN MENINGKAT……DAN DAPAT BERFIKIR BAIK DAN BURUK SEBELUM MEMBUAT SESUATU KERJA……AMIN”.

 

Hello world! February 14, 2009

Filed under: Uncategorized — effafadzillah @ 2:48 am

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.